Site announcements

PELAKSANAAN PENAKSIRAN AKHIR SECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN PLATFORM PutraBLAST

PELAKSANAAN PENAKSIRAN AKHIR SECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN PLATFORM PutraBLAST

by Admin BLAST 1 . -
Number of replies: 0

PELAKSANAAN PENAKSIRAN AKHIR SECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN PLATFORM PutraBLAST

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 2.          Seperti sedia dimaklumi, pelaksanaan penaksiran akhir Semester Kedua 2019/2020 yang bermula pada 27 Julai hingga 9 Ogos 2020 akan dilaksanakan secara dalam talian. Bagi melancarkan pelaksanaan penaksiran akhir, UPM memberikan fleksibiliti kepada staf akademik untuk menggunakan pelbagai jenis aplikasi dalam talian selain PutraBLAST. Ini bertujuan memudahkan pelajar menduduki penaksiran akhir.

 3.          Bagi staf akademik yang ingin menggunakan platform PutraBLAST, platform ini mempunyai fungsian dan jenis penaksiran seperti berikut:

 

Bil

Fungsian PutraBLAST

Jenis Penaksiran yang boleh digunakan

i

Quiz

Matching, Multiple Choice, True/False, Numerical, Essay, Short answer

ii

Assignment

Short answer & Long answer

 

 

4.          Untuk memastikan kelancaran penggunaan platform PutraBLAST bagi pelaksanaan penaksiran akhir, staf akademik dimohon untuk melengkapkan Borang Maklumat Pelaksanaan Penaksiran Secara dalam Talian Menggunakan Platform PutraBLAST di pautan https://bit.ly/BorangMaklumatPutraBLAST. Maklumat ini adalah penting bagi membantu pihak Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan sokongan teknikal sepanjang minggu penaksiran akhir dijalankan.

   

5.          Selain itu, staf akademik boleh melaksanakan tindakan seperti berikut:

 i.       Memaklumkan kepada pelajar bahawa penaksiran akhir akan dijalankan secara dalam talian menggunakan platform PutraBLAST pada tarikh dan tempoh yang ditetapkan oleh UPM.

 ii.       Menentukan dokumentasi jawapan yang sesuai bagi mengukur pencapaian hasil pembelajaran, antaranya dokumen, video, rakaman audio, ePortfolio, grafik, gambar dan sebagainya dengan mengambil kira kapasiti yang dibenarkan untuk memuat naik jawapan penaksiran akhir bersaiz tidak melebihi 8 Megabyte (mb).

 iii.      Memastikan kehadiran dan penyerahan skrip jawapan pelajar direkodkan.

 

6.          Pusat Pembangunan Akademik (CADe) dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran UPM (JKIPP,UPM) telah menyediakan Tips PutraBLAST-Online Assessment (https://bit.ly/OnlineAssessment_PutraBLAST) sebagai rujukan untuk membantu staf akademik yang melaksanakan penaksiran akhir secara dalam talian menggunakan platform PutraBLAST. Informasi tambahan mengenai penaksiran dalam talian (slaid dan rakaman video) daripada sesi webinar yang dianjurkan oleh CADe boleh dicapai melalui pautan berikut:

 

7.          Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Nor Azirawani Man/ Encik Muhammad Faris Aqil Ideris di talian 03-97692079/6139 atau e-mel norazirawani@upm.edu.my/farisaqil@upm.edu.my 

 

Adalah diharapkan maklumat di atas dapat dipanjangkan kepada ahli fakulti YBhg. Prof. Datuk/Prof./tuan/puan. Segala kerjasama, perhatian dan sokongan YBhg. Prof. Datuk/Prof./tuan/puan didahului dengan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERILMU BERBAKTI”



Saya yang menjalankan amanah,
Siti Fatimah Ahmad
Pusat Pembangunan Akademik (CADe)
Universiti Putra Malaysia

No. Tel: 03-97696136